Berita

RM108,350 disalurkan kepada Majlis Sukan Labuan

di sini hari ini.
- Diterbit 4 September 2020 2:47 AM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan menyalurkan bantuan dan kit latihan berjumlah RM108,350 kepada persatuan sukan Labuan melalui bidang Cakna Sukan (Program Pembangunan Sukan) bagi persiapan Sukma Johor pada tahun depan.

Menterinya, Tan Sri Tpr Annuar Musa berkata bantuan tersebut diberikan kepada 17 persatuan sukan dan dengan bantuan tersebut dapt meringankan beban kewangan mereka dalam menyediakan kemudahan kelengkapan sukan dan klinik serta penyertaan dalam kejohanan.

” Dengan adanya bantuan ini, ia harus digunakan dengan sebaiknya mungkin oleh persatuan sukan dalam mencungkil bakat sukan baru.

” Kita berharap ia dapat membantu meningkatkan perkembangan sukan di sini dan memotivasi atlet untuk berlatih secara konsisten,” katanya dalam ucapan di Majlis Santai Petang bersama Pengiat Sukan Labuan di salah sebuah hotel, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata KWP melalui Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) dalam usaha mengembangkan dan mutu sukan di Labuan.

” Pelbagai inisiatif termasuk program pembangunan Bakat Sukan Wilayah (BSW) turut dilaksanakan dalam memastikan Labuan tidak ketandusan bakat dan potensi dalam bilang sukan,”katanya.

Menurutnya, Program BSW akan memberi tumpuan kepada pembangunan sukan peringkat akar umbi gara sentiasa bergerak aktif.

Dalam majlis tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Dr Fary Akmal Osman dilantik sebagai Pengerusi Majlis Sukan Labuan.

Terdahulu, Annuar menyampaikan surat pelantikan watikah Ahli Majlis Sukan Labuan dan watikah pelantikan jurulatih. – WILAYAHKU

ANNUAR ketika Majlis Santai Petang bersama Pengiat Sukan Labuan di salah sebuah hotel, di sini hari ini.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas