Utama

RM100,000 untuk pembangunan pendidikan Putrajaya – Santhara

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Santhara, menyampaikan anugerah penghargaan kepada salah seorang guru dalam Majlis Apresiasi, bertempat di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
- Diterbit 2 Julai 2020 2:08 PM MYT

KEMENTERIAN Wilayah Persekutuan memperuntukkan RM100,000 bagi pembangunan pendidikan sekolah di Putrajaya termasuk penganjuran pertandingan catur yang boleh membentuk daya kreativiti pelajar.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Santhara berkata, peruntukan tersebut diberikan bagi memastikan penyampaian ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran seperti murid tidak terabai sekali gus menjadikan generasi masa kini lebih berkualiti dan produktif.

“Saya juga sediakan RM50,000 (peruntukan) untuk kejohanan catur di Putrajaya dan ia diberikan mengikut perancangan.

“Saya akan sediakan RM50,000 lagi untuk pendidikan (pelajar) di Putrajaya,” katanya semasa berucap pada Majlis Apresisasi PKP Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya petang tadi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad.

Dalam pada itu, Santhara turut memuji tindakan proaktif Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang berjaya merancakkan dunia pendidikan menerusi penganjuran beberapa aktiviti yang dilihat menarik minat setiap lapisan pelajar. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas