Berita

Rempuh enam kenderaan: Pemandu lori dijamin RM7,000

PEMANDU lori berusia 25 tahun dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan.
- Diterbit 10 September 2021 10:07 AM MYT

PEMANDU lori yang mengakibatkan kemalangan enam kenderaan dan hampir menyebabkan kematian seorang lelaki berusia 45 tahun, dijamin mahkamah sebanyak RM7,000.

Melaporkan perkembangan terkini kemalangan tersebut, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, pemuda berusia 25 tahun itu mengaku tidak bersalah semasa pertuduhan dibacakan di Mahkamah Trafik Jalan Duta di bawah Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987, hari ini.

“Hasil pertuduhan pemandu lori tidak mengaku bersalah.

“Dia dijamin mahkamah sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dan lesen pemandu ditahan sehingga kes selesai,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, pemandu lori terbabit dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana didapati memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah dan menyebabkan kecederaan pada mangsa. – WILAYAHKU

https://wilayahku.mentera.my/enam-kenderaan-dirempuh-lori/

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas