WK2

Reaksi orang awam terhadap Plant Factory MARDI

28
- Diterbit 18 Disember 2021 1:00 AM MYT
HAIRY ISMAIL A RAHMAN, 44, Chef Hotel Pulse Grande

“PLANT factory adalah konsep berkebun yang moden, menjimatkan penggunaan tenaga pekerja dan lebih selamat dari segi kebersihan. Bagi saya, setiap hotel perlu lakukan pembaharuan dan mewujudkannya kerana menjimatkan kos berikutan harga sayuran organik di pasaran luar agak mahal, malah, ia boleh menjadi daya tarikan baharu kepada pelanggan yang menginap
di hotel.

“Sayuran yang dihasilkan juga lebih selamat, oleh itu teknologi seumpama ini memang sepatutnya digalakkan ke atas syarikat perhotelan dan restoran.”

 

 

 

RICHEL NAIJIM, 28,Penjawat awam

“KONSEP plant factory amat menarik dan rakyat perlu menyokong pembangunannya. Bagi pihak restoran mahupun industri perhotelan, mereka boleh mengetengahkan inisiatif berkenaan
kerana jaminan keselamatan makanan kepada pengguna bergantung kepada pengurusan mereka.”

 

 

 

 

 

 

NORMA EL-ABRAR, 48, Penulis

“GREEN kit mahupun plant factory yang diperkenalkan MARDI dilihat dapat membantu mengurangkan harga sayuran. Harap ia dapat dilaksanakan pengendali restoran dan perhotelan supaya harga sajian yang ditawarkan tidak mahal.

“Tetapi MARDI perlu memastikan harga untuk kedua-dua konsep penanaman itu, adalah mampu milik selain memastikan pelaksanaannya menyeluruh.”

 

 

 

 

 

NAZLINDA AHMAD NAZRI, 28, Pekerja swasta

“KEPESATAN teknologi dapat memastikan kesegaran dan keselamatan kepada pengguna di samping membantu untuk penghasilan yang lebih banyak serta menjimatkan. Teknologi yang diperkenalkan MARDI seperti plant factory mahupun green kit perlu diketengahkan kepada orang awam bagi membantu meringankan beban sara hidup dan pada masa sama menjana pendapatan pasif.” – WILAYAHKU

 

 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas