Berita

Reaksi kebun lestari komuniti Bayview Green Garden Taman Sri Sentosa

70
- Diterbit 25 Julai 2021 2:00 AM MYT
Wan Mahirah binti Wan Musa, 34, Penolong Pegawai Farmasi

“DENGAN adanya Bayview Green Garden, ia membantu saya mengisi masa lapang dengan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh dan meningkatkan kecergasan tubuh badan serta saya juga dapat bersosial dan berinteraksi dengan ahli yang lain dan dapat mengurangkan  stres yang dihadapi jika hanya berkurung di rumah.”

 

 

 

Mohd Idris Baharudin, 70, pesara

” BAYVIEW Green Garden adalah tempat untuk aktiviti berkebun dan pelbagai hasil tanaman seperti sayur segar boleh diperolehi di sini. Selain itu, Bayview Green Garden adalah tempat untuk penghuni di sini berinteraksi antara satu sama lain. Sepanjang PKP ketika ini, aktiviti berkebun dapat dilakukan untuk mengisi masa terluang.”

 

 

Madam Betsy Teoh, Pengerusi Bayview Court ID

“UNIVERSITI Malaya sangat membantu, aktif dan memberi sokongan kepada komuniti Bayview Court 1D. Kerjasama daripada agensi lain juga menjadikan menjadikan Kebun- Kebun Sentosa “ Bayview Green Garden” sebagai satu contoh kebun bandar untuk kawasan setempat.”

 

 

 

 

Ranjit Kaur A/P Gurmukh Singh,
56, Pembantu tadika

“SEBAGAI penghuni Bayview Court 1D dan ahli Bayview Green Garden, saya berasa gembira dengan adanya kebun ini kerana saya rasa seronok melakukan aktiviti berkebun di sini. Bayview Green Garden sangat membantu saya terutamanya ketika PKP kerana saya dapat peroleh sayur segar dari kebun ini.”

 

 

 

Krishnaveni A/P Ponnusamy, 63, Suri rumah

“BAYVIEW Green Garden juga menjadikan kawasan di sini kelihatan cantik. Ketika ini, ramai penghuni yang bekerja atau belajar di rumah. Jadi berkebun di rumah membantu sebuah keluarga menjadi positif dan sihat.” – WILAYAHKU 

 

 

 

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas