Berita

Razidah bolot tiga anugerah MAHAKARYA 2021

- Diterbit 11 September 2021 6:00 AM MYT

RAZIDAH Abdul Ghaffar memenangi tiga anugerah utama sempena MAHAKARYA Kolokium Mini Kajian Tindakan Sekolah Kebangsaan Lubuk Temiang
Peringkat Labuan, baru-baru ini.

Guru Besar SK Lubok Temiang, Adam Abd Rahim berkata, Razidah Abdul Ghaffar membolot tiga anugerah utama iaitu Kajian Terbaik, anugerah Emas dan Slaid Terbaik. Manakala Pembentang Terbaik diberikan kepada Norhasiken Mohd Dahli yang turut memenangi anugerah Emas. Midzmar Harun pula membawa pulang Anugerah Khas Juri dan anugerah Emas. Lima guru mendapat anugerah Perak iaitu Juanawati Omar Junit, Zunikah Amboh Turuh, Junainah Yahya, Mohd Nasrun Ramlee dan Kasmah Mohd Ali.

“Tahniah kepada warga kerja pelaksana terutama penyelaras MAHAKARYA2021 kerana telah berusaha melaksanakan tugas yang diamanahkan,”katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Labuan, Yusup Mohamad mengucapkan tahniah kepada pemenang dan beliau menjelaskan perkongsian seluruh negara ini secara langsung menggunakan youtube merupakan satu usaha SK Lubok Temiang yang wajar dipuji.

Beliau berkata penggunaan aspek digital dalam pengurusan pendidikan telah digunakan dengan sebaik mungkin.

“Ini merupakan manifestasi kebersamaan warga pendidikan seluruh negara bagi mengangkat martabat pendidikan ke suatu tempat yang lebih tinggi dan agung.

Yusup berkata, ia telah membuka peluang baharu kepada guru-guru meneroka aspek-aspek pendidikan digital secara lebih meluas.

“Guru perlu menguasai amalan-amalan baharu pendidikan terutamanya pendidikan digital,” katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas