RASULULLAH SAW Tenang Berhadapan Isteri Cemburu

RASULULLAH SAW Tenang Berhadapan Isteri Cemburu

DALAM kehidupan berumahtangga perasaan cemburu adalah sesuatu yang wajar dan normal antara pasangan. Cemburu itu tanda sayang. 

Namun, apa yang tidak wajar adalah jika cemburu buta atau cemburu tanpa alasan yang jelas.

Sempena sambutan ulang tahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad SAW atau maulidur Rasul, jom kita baca kisah Rasulullah SAW yang sentiasa tenang dalam kehidupan berumahtangga.

Cerita berikut ini diriwayatkan oleh Anas radiallahuanhu. Ketika itu, Rasulullah SAW berada di rumah salah seorang isterinya, Aisyah. 

Tiba-tiba, ada isteri lain yang mengirimkan makan berupa tsarid (roti yang direndam dengan kuah) kepada Rasulullah SAW.

Ketika pembantu yang diutus hendak memberikan tsarid itu, Aisyah yang merasa sangat cemburu telah memukul tangan pembantu itu. Mangkuk roti itu pun terjatuh dan pecah.

Dengan tenang, Rasulullah SAW memungut roti tersebut dan meletakkan pecahan mangkuk yang tersisa. Kemudian baginda bersabda kepada pembantu itu, “ibu kalian sedang cumburu. Makanlah.”

Lalu baginda mengambil mangkuk yang masih utuh di rumah Aisyah dan memberikannya kepada sang pembantu sebagai ganti mangkuknya yang pecah (Riwayat al-Bukhari).

Ternyata, rumah tangga Rasulullah SAW pun dihiasi oleh perasaan cemburu. Namun, baginda menanganinya dengan tenang dan bijaksana. 

Semoga kita dapat mencontohi teladan yang ditunjukkan dan sentiasa berselawat ke atas baginda SAW. –  WILAYAHKU

Sumber: Buku – Keajaiban Cinta Rasul (terbitan Inteam Publishing Sdn. Bhd. / www.inteam.com.my)

CATEGORIES
TAGS