Selebriti

“Rasanya ada yang try hack account saya!” – Siti Nurhaliza

SITI bimbang akaun Instagram digodam.
- Diterbit 4 Jun 2020 1:24 AM MYT

Awas! Penggodam akaun sosial ada di mana-mana. Sudah ramai menjadi mangsa.

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 41, mendedahkan terdapat pihak yang cuba menggodam akaun rasmi Instagram (IG) @ctdk.

Selebriti itu berkongsi berita berkenaan melalui Insta Story bahawa beliau menerima mesei notifikasi daripada pihak Instagram pada pagi ini.

Melalui IG story akaunnya, Siti meluahkan rasa bimbangnya.

“Pagi ni dapat mesej ni kat DM (direct message). Rasanya ada yang nak try hack account saya! Abaikan atau buat apa? Help!” Luah Siti yang bimbang jika mesej yang diterimanya itu adalah cara untuk individu tertentu menggodam akaun instagramnya.

MESEJ yang diterima oleh Siti.

Sebelum ini beberapa selebriti tempatan pernah menjadi mangsa godam antaranya Ayda Jebat, Janna Nick, Ella, Wawa Zainal dan ramai lagi.

Siti adalah antara artis tempatan yang mempunyai pengikut paling ramai di instagram iaitu 7.4 juta pengikut.

Melalui instagram ini Siti banyak membantu para peniaga kecil yang mahu memperkenalkan produk mereka secara percuma.

Bukan itu sahaja, menerusi Instagram tersebut menjadi medium beliau mengumpulkan dana PKP Siti Nurhaliza bertujuan membantu barisan hadapan memerangi Covid-19.

Setakat ini, dana bantuan yang dikumpul sudah hampir RM 400 ribu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas