Selera

Rasai masakan ibu di bufet Ramadan THYME OUT

|||||
- Diterbit 3 April 2021 4:56 AM MYT

RAMADAN tiba lagi. Banyak hotel atau kafe sekitar ibu negara sudah mula giat mempromosikan bufet Ramadan yang pastinya menjanjikan pelbagai jenis menu.

Sebut sahaja Ramadan, pasti kita akan terbayangkan masakan ibu.

Bagi mereka yang merindui masakan ibu di kampung, Kafe Thyme Out by Equatorial adalah lokasi yang amat sesuai untuk pengunjung berbuka puasa.

Thyme Out yang terletak di Bangunan AICB Centre of Excellence, Kuala Lumpur (bersebelahan Bank Negara Malaysia) ini bakal memikat para pengunjung dengan bufet Ramadan bertemakan masakan ibu iaitu Selera Ibunda.

Selera Ibunda ini menyajikan lebih 100 juadah antaranya adalah Udang Galah Asam Lemak, Kambing Masak Hitam, Nasi Briyani, Daging Salai Masak Lemak, Sup Gear Box, Kari Kepala Ikan, Kambing Golek, Rendang Daging dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh menikmati hidangan seperti Roti John, Sate Ayam dan Daging, Murtabak, Roti Canai, aneka sup, aneka but, ulam-ulaman dan banyak lagi.

Apa yang istimewa, ramai yang tidak tahu semua juadah sedap ini adalah hasil air tangan Chef Juzaili yang mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang kulinari dan perhotelan.

Bagi mana-mana syarikat yang bercadang mahu menganjurkan acara berbuka puasa pula, Thyme Out adalah lokasi yang paling sesuai.

Bangunan AICB di mana terletaknya Kafe Thyme Out menyediakan pelbagai jenis bilik dan dewan yang sesuai untuk apa jua majlis.

Chef Juzaili mempunyai pengalaman lebih 22 tahun dalam bidang kulinari dan perhotelan.

Bagi mereka yang sibuk tetapi tidak mahu terlepas merasai masakan ibu, anda boleh bawa pulang atau menggunakan perkidmatan penghantaran sepanjang bulan Ramadan menerusi aplikasi www.degoapp.com.

Bufet Ramadan Thyme Out bermula dari 14 April sehingga 9 Mei 2021 dari jam 6.30 petang hingga 10 malam.

Harga yang ditawarkan untuk Bufet Ramadan Selera Ibunda di Thyme Out adalah RM 115 untuk dewasa, RM 57 (kanak-kanak berumur 6 – 12 tahun) dan RM 98 (dewasa) yang membuat pembelian awal dari 31 Mac hingga 12 April 2021.

Bufet Ramadan Selera Ibunda di Thyme Out
Lokasi: Thyme Out Café, Ground Floor, Bangunan AICB, No. 10 Jalan Dato Onn, Kuala Lumpur
Masa: 6.30 petang – 10 malam
Untuk maklumat lanjut: boleh hubungi di talian 03-26024200 atau whatsapp ke 010-4292776
Emel: [email protected]
Instagram: @aceconferencecentre

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas