Berita

Rancang pembelian Ramadan elak sesak

ORANG ramai mesti terus mengamalkan penjarakan sosial ketika berada di pasar raya. Gambar hiasan ORANG ramai yang ingin memasuki pasaraya akan disaring suhu terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam pasaraya.
- Diterbit 22 April 2020 7:21 AM MYT

PUTRAJAYA – Orang ramai diminta membuat perancangan pembelian dalam persiapan menyambut Ramadan.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, langkah itu bagi mengelakkan kesesakan sewaktu pembelian di pasar atau pasar raya.

“Jika di pasar raya, barisan terlalu panjang untuk membeli. Namun, patuh tetap mesti patuh arahan penjarakan sosial,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini.

Beliau menambah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan Kementerian Pertanian Industri Makanan memberikan jaminan barangan keperluan lebih daripada mencukupi dalam menyambut Ramadan ini.

Dalam perkembangan berlainan, Ismail Sabri menjelaskan seramai 865 individu ditahan menerusi 835 sekatan jalan raya semalam.

“Seramai 732 individu direman dan 133 individu diberikan jaminan polis selain 136 telah dituduh di mahkamah.

“Jumlah tangkapan kumulatif sehingga semalam adalah seramai 17,735,” katanya.- WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas