Selebriti

Ramlah Ram mohon doakan ibu dan adik yang dijangkiti COVID-19

- Diterbit 22 September 2021 3:23 AM MYT

PENYANYI legenda Ramlah Ram,56, memohon orang ramai agar mendoakan kesihatan ibu dan adiknya yang disahkan dijangkiti COVID-19.

Menerusi Instagramnya baru-baru ini, Ramlah Ram mengaku sangat bimbang dengan mereka.

“Asalamualaikum, mohon bantuan semua tolong doakan mak dan juga adik saya, Shafiei cepat sembuh dan semua keluarga saya di Kluang mohon mereka dijauhkan dari penyakit ini.

“Baru semalam disahkan positif COVID-19.

“Saya tak tahu nak buat apa lagi, hanya mampu berdoa pada Allah.

“Saya teramat risaukan keadaan mak dengan keadaan mak umur sudah mencecah 80 tahun,” tulisnya.

Sama-sama kita doakan agar ibu dan adik kepada Ramlah Ram kembali sembuh dan segalanya dipermudahkan. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas