Berita

Ramai Penerbit Siar Filem di ewayang.com, Elak Risiko COVID-19

DjPool Soul Masters
- Diterbit 29 Oktober 2020 7:35 AM MYT

MAHU tonton wayang secara santai tanpa risiko pandemik COVID-19? Teruslah pilih ewayang.com.

Platform wayang secara atas talian yang pertama di Malaysia iaitu ewayang.com semakin mendapat sambutan hangat dari kalangan penerbit dan penggiat seni serta penonton.

Bukan sahaja di Malaysia, malah lebih membanggakan apabila ewayang ini turut mendapat perhatian penonton luar negara seperti Jepun, Amerika Syarikat, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Buktinya, terdapat banyak perkongsian video mereka sedang menonton filem-filem di ewayang di negara terbabit. 

PENGURUS Projek ewayang.com, DjPool Soul Masters, memberi peluang kepada orang ramai tonton filem tanpa risiko COVID-19

Menurut  Pengurus Projek ewayang.com, DjPool Soul Masters,  ewayang yang dicetuskan ketika tempoh awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini membolehkan orang ramai menonton filem tanpa rasa bimbang.

“Ewayang bertujuan memberi peluang untuk kaki wayang menonton filem kegemaran mereka tanpa bersesak-sesak serta mengambil risiko terkena jangkitan Covid-19.

“Filem TyIcKooUnS arahan Izan Hailmey Mokhtar dipilih sebagai filem sulung. Tak sangka ia dapat sambutan hangat. 

“Akhirnya selepas lima bulan, sudah ada lebih daripada 10 filem popular tempatan yang pernah ditayangkan di pawagam dan yang terbaru akan ditayangkan di ewayang.com.

“Kami juga dalam perancangan untuk menayangkan filem berbentuk dokumentari,” katanya yang mengakui ewayang merupakan salah satu usaha menyahut seruan kerajaan dalam menghabiskan COVID-19. 

Usaha DjPool semakin mendapat perhatian dan sokongan ramai terutamanya penerbit-penerbit yang berminat untuk menyiarkan filem mereka di ewayang.com.

INTERCHANGE dan Spinning Gasing antara filem yang ditayangkan di ewayang.com

 “Filem Kisah Yang Paling Gangster dan Jengka baru ditayangkan dan terkini penonton boleh melanggan filem Nota dan Bangunan.

 “Manakala filem yang akan menyusul selepas ini ialah Interchange dan Spinning Gasing. Pelbagai genre pilihan disajikan kepada penonton segenap lapisan umur.

 “Yang pasti menerusi ewayang kita boleh menonton secara lebih santai dan selamat kerana segalanya hanya dihujung jari,” katanya yang menyahut seruan kerajaan dalam menjalani kehidupan dan norma baharu disebabkan pandemik COVID-19. 

Melalui tontonan terus,  ewayang.com membawakan pawagam terus mendekati peminat tak kira di mana berada.

 

Menangi Kereta Perodua Bezza!

Untuk menggalakkan kaki filem menonton, ewayang juga  menawarkan hadiah-hadiah istimewa yang keseluruhannya bernilai RM250,000.

“Selain itu, kami juga ada hadiah-hadiah sampingan, mingguan dan hadiah untuk langganan yang menanti penonton bertuah.

 “Pembeli tiket yang ke-10,000 pula akan memenangi kereta Perodua Bezza.

“Bagi setiap langganan, kami akan menyumbangkan RM1 kepada tabung bantuan Covid-19 bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia,” ujarnya lagi. 

Tiket untuk menonton menerusi ewayang.com berharga RM15. 

Bagi penerbit atau sesiapa sahaja yang berminat menjalinkan kerjasama dengan ewayang.com, boleh terus menghantar emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas