Selebriti

Rahsia satu juta BABY SHIMA

Baby Shima akan muncul dengan program sendiri di Youtube
- Diterbit 9 Jun 2020 10:00 PM MYT

PENCAPAIAN yang membanggakan apabila penyanyi Baby Shima berjaya menjadi antara lima saluran Youtube yang kini berada dalam liga lebih sejuta pengikut.

Apa agaknya rahsia atau tip Baby Shima sehingga mendapat lebih sejuta pengikut di Youtube.

“Selain usaha yang gigih, saya percaya sudah menjadi rezeki saya berjaya mendapat lebih sejuta pengikut di Youtube.

“Antara perkara yang saya dan kumpulan lakukan adalah sentiasa rajin memuatnaik video-video ke Youtube. 

BABY Shima akui bukan mudah untuk dirinya mencapai lebih sejuta pengikut di Youtube

“Biasalah..  Tidak semua yang kita buat orang suka. Apa yang penting  adalah kena yakin dalam apa yang kita lakukan disertai dengan perbincangan berkumpulan.

“Kalau video itu kurang sambutan,  jangan putus asa. Bila putus asa, kita akan jadi lagi malas nak buat video. Apa yang penting terus berusaha.. Jangan cepat mengalah,” kata Baby Shima ketika dihubungi Wilayahku. 

Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli,27, mengaku bukan mudah untuk mencapai lebih sejuta pengikut, namun dia tidak pernah tertekan kerana apa yang dimahukan adalah kepuasan peminat. 

“Saya tidak fikir untuk menaikkan pengikut di Youtube semata-mata. Apa yang penting saya nak semua terhibur apabila menonton kandungan video yang disediakan.

“Dugaan dan cabaran itu datang setiap kali kami memikirkan apa kandungan yang sesuai untuk peminat saya.

“Alhamdulillah.. peningkatan pengikut dari semasa ke semasa adalah bonus buat saya,” luah Baby Shima yang popular dengan lagu Pura- Pura Bujang dan Tak Dapat Raya bersama kumpulan Floor 88 ini mengimpikan mahu ada program sendiri di Youtube.

TIDAK lama lagi, Baby Shima akan muncul dengan program sendiri di Youtube

“Perancangan untuk ada program sendiri itu sudah lama dibincangkan tetapi sedang menunggu waktu yang sesuai.

“Saya ada rancang mahu keliling seluruh Indonesia untuk melihat budaya mereka dan program masuk ke hutan mencari ular,” jelasnya yang juga bekas peserta Big Stage musim pertama.

Selain Baby Shima, selebriti lain yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Youtube adalah Zukiemohamad, Mat Salleh TV, VS GAG serta Jeff & Inthira.  – Wilayahku

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas