Berita

Rachel Arnold juara baru Skuasy Terbuka Malaysia

RACHEL
- Diterbit 4 Oktober 2019 7:20 AM MYT

Oleh Muhamad Nabeel M.N

KUALA LUMPUR – Hasrat pemain kebangsaan, Rachel Arnold duduk di takhta juara akhir­nya tercapai apabila berjaya merangkul kejuaraan Skuash Terbuka Malaysia menewaskan juara bertahan yang juga merupakan pemain kebangsaan, Low Wee Wern.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur yang menduduki tangga ke-46 dunia itu berdepan dengan tentangan sengit oleh Wee Wern.

Pun begitu, dia berjaya memenangi mata 3-2 di perlawanan akhir yang berlangsung di Pusat Skuasy Kebangsaan, Bukit Jalil.

Rachel berjaya mendominasi set pertama permainan apabila menang dengan 11-7 sebelum Wee Wern menang dua set selepas itu dengan 13-11 dan 12-10.

Namun Rachel bangkit dari ke­tinggalan apabila menang dua set terakhir dengan 11-8 dan 11–5 sekali gus berjaya dinobatkan sebagai juara baharu kejohanan tersebut.

Selain Rachel, pemain skuasy lelaki Negara, Eain Yow turut bergelar juara apabila berjaya menewaskan lawannya Nicholas Muellar dari Switzerland 3-1 (11-7, 12-14, 11-9 dan 11-5).

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas