Utama

Putrajaya sedia anjur bazar Ramadan

DATUK MUHAMMAD AZMI
- Diterbit 12 Mac 2021 5:31 AM MYT

PUTRAJAYA bersedia menganjurkan bazar Ramadan sekiranya mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, PPj telah menyediakan perancangan untuk menyediakan Bazar Ramadan di beberapa lokasi di Putrajaya.

“Sekurang-kurangnya lima lokasi telah dikenal pasti untuk mengadakan mini bazar ramadan. Jika MKN membenarkan untuk mengadakan, Insya-Allah PPj akan menyediakan,” ujar beliau.

Tambah Azmi lagi, lebih daripada 100 lot akan disediakan bagi menempatkan bazar tersebut.

“Prosedur operasi standard (SOP) juga akan dikeluarkan oleh PPj selaras dengan apa yang digariskan oleh MKN selain mengetatkan pemantauan,” kata beliau. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas