Selebriti

Putih melepak… Izubiela disangka hantu selepas ‘bocor’ video prank

|||||
- Diterbit 16 November 2022 12:10 PM MYT

TULAR video usahawan dan pempengaruh Izubiela Zaffmarekan yang disangka hantu kerana terlalu putih melepak.

Ini semua adalah gara-gara video eksperimen sosial yang dirakamkan ‘bocor’ sebelum dikongsi kepada pengikut di laman sosial miliknya.

@izubiela Replying to @KakDya – CEO of korang2 kejap! Alamak! Bella xsangka video prank / social experiment ni boleh viral kat TT @KakDya – CEO of korang2 kejap! Dulu sebelum Bella Keluarkan! Huhu . Amboi kemain lagi ada yang panggil Bella hantu putih melepak la, bunian , biasa dia! Nampak putih cerah walau Dalam Gelap sbb PUTIH GEBU IZUBIELA la uols, hehe! Jom layan video Penuh #izubiela #izubielazaffmarekan #barbiedollmalaysia #barbie #putihgebudbella #putihgebu #susuk1juta #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #random #izubielabooster #whiteningboosterizubiela #biasadia #FYP #makaylamarekan #coversong #feedbackizubielawhiteningbooster #izubielacoverlagu ♬ original sound – izubielazaffmarekan

Wanita yang kini bergelar penyanyi itu mendedahkan video sosial ekperimen berbentuk gurauan (prank) tersebut dikongsikan oleh mangsa terlebih dahulu dengan pengguna TikTok popular sehingga tular dan meraih lebih 830,000 tontonan.

IZUBIELA disangka hantu kerana kulitnya yang putih melepak.

“Ketika itu, saya sedang merakamkan video prank dengan duduk bersendirian memakai baju gelap di sebuah hentian bas di sekitar Shah Alam.

“Sebenarnya saya tak sangka, ‘mangsa’ bernama Amirul berkongsi video rakamannya sendiri dengan akaun TikTok popular yang sering membincangkan mengenai isu misteri sehingga ia tular di media sosial.

“Sebelum Amirul, ada beberapa mangsa termasuk dua wanita tetapi selepas sahaja prank selesai dirakamkan, krew kami mendekati mereka dan memberitahu ia hanya prank,” katanya.

https://youtu.be/3iqKFJwIzD4

IZUBIELA tidak menyangka video sosial ekperimen prank yang dikongsikan mangsa terlebih dahulu dengan pengguna TikTok popular sehingga tular dan meraih lebih 830,000 tontonan.

Tidak menyangka video lain yang menjadi tular, pengasas produk Putih Gebu Izubiela ini menerima pelbagai komen warganet.

“Saya tak sangka video yang tersebar viral sedangkan video sebenar belum saya kongsikan lagi.

“Saya tergelak membaca pelbagai komen mengenai rakaman tular terbabit. Ada yang mengatakan saya hantu putih melepak, ada yang mengatakan saya bunian dan macam-macam lagi.

“Sebelum video ini tular, saya juga terkejut rakaman nyanyian ‘suka-suka’ saya meraih perhatian YouTuber antarabangsa terkenal, Nephi yang membuat video reaksi terhadap video terbabit.

“Biarpun saya masih belajar dan baru dalam bidang nyanyian, saya terharu kerana Nephi memuji saya sebagai usahawan yang mempunyai kebolehan menyanyi. Perkara itu saya jadikan suntikan semangat untuk berusaha dengan lebih kuat.

“Saya pun baru sahaja tampil dengan single Biasa Dia bersama Cat Farish dan pujian terbabit membuatkan saya bersemangat untuk sama-sama memeriahkan industri muzik,” katanya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas