Berita

Putera Mahkota Arab Saudi sambut Muhyiddin

- Diterbit 8 Mac 2021 12:53 PM MYT

MUHYIDDIN dijadual tiba di lapangan terbang antarabangsa itu pada jam 6.30 petang Isnin (11.30 malam

waktu Malaysia).

Beliau akan tiba dari Madinah selepas mengunjungi Masjid Nabawi dan menziarahi Makam Rasulullah.

Perdana Menteri dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, yang memulakan lawatan rasmi Sabtu lalu, tiba di Makkah untuk menunaikan umrah dan diberi peluang memasuki Kaabah.

Lawatan rasmi tersebut atas undangan Raja Arab Saudi, yang juga Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud.

Lawatan tersebut antara lain bertujuan membincangkan pelbagai usaha untuk memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan, teknologi, inovasi dan hal ehwal Islam yang mampu melonjakkan hubungan baik sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Hishammuddin berkata pada hakikat Arab Saudi menjemput Perdana Menteri untuk lawatan itu adalah satu kejayaan besar memandangkan “hubungan dua hala kita tidak berada di tahap yang kita inginkan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.” – BERNAMA

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas