Berita

Puspanita MAIWP lawat Tadika Nurul Iman Labuan

ANGGOTA Puspanita MAIWP melawat Tadika Islam Nurul Iman di Labuan baru-baru ini.
- Diterbit 29 Ogos 2019 5:22 PM MYT

KUNJUNGAN. Isteri kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datin Seri Zuraida Husin bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) MAIWP yang diketuai oleh Pengerusi Puspanita, Datin Ruslina Yusof telah melakukan kunjungan ke Tadika Islam MAIWP Nurul Iman Pekan Labuan baru-baru ini.

Pada kunjungan itu, Zuraida telah berkesempatan melakukan aktiviti penyediaan sajian “Sandwich Istimewa” bersama chef-chef cilik yang terdiri daripada murid-murid berumur enam tahun.

Pada masa yang sama, murid-murid turut melakukan aktiviti mewarna bendera Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas