Berita

Pusat Vaksin Booster Rumah Prihatin dibuka sehingga10 Mac ini

PPV Offsite Booster (PICK) RumahPrihatin@GrandSeasons dibuka bermula 10 Februari sehingga 10 Mac ini pada setiap hari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
- Diterbit 15 Januari 2022 2:00 AM MYT

PERNAH beroperasi sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) pada tahun lalu, RumahPrihatin@GrandSeasons kini kembali menyediakan kemudahan buat warga Lembah Klang mendapatkan dos penggalak vaksin (booster) sehingga Mac ini.

Prihatin dengan keperluan semasa rakyat, Rumah Prihatin bersetuju menjadi penyedia lokasi PPV buat lebih 30,000 warga kota bermula 10 Januari sehingga 10 Mac ini.

Pengarah Eksekutif Rumah Prihatin, Datuk Mohd Irwan Rizal Mohd Ali Napiah berkata, pembukaan PPV itu bertujuan membantu melancarkan urusan pemberian vaksin kepada individu-individu yang sudah mendapatkan janji temu melalui aplikasi MySejahtera.

“Di sini kami berikan suntikan dos Pfizer sebanyak 1,000 hingga 1,700 dos sehari yang mana ia telah disahkan melalui sistem Protecthealth dan proses ini mendapat kerjasama strategik daripada dua syarikat bertauliah iaitu Syarikat George Clinic dan Syarikat Healthopedia.

“Syarikat Healthopedia juga bertindak sebagai Health Care Operator di sini selain turut mendapat bantuan pengurusan dari segi keselamatan dan kelancaran proses daripada pihak Protecthealth,” jelasnya kepada pemberita.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai vaksin booster di Rumah Prihatin, boleh melayari laman media sosial di Facebook, Instagram dan Twitter RumahPrihatin atau menghubungi talian bebas tol 1800-88-7997,” jelasnya.

Terdahulu, RumahPrihatin@GrandSeasons yang bertempat di Jalan Pahang, Kuala Lumpur kembali beroperasi sebagai PPV Offsite Booster (PICK) bermula 10 Januari sehingga 10 Mac ini pada setiap hari bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas