Selebriti

PU Riz, Neelofa, Faizal Tahir dakwah menerusi lagu Jodoh Ajal Rezeki

||||NEELOFA turut muncul dalam video muzik lagu Jodoh Ajal Rezeki.
- Diterbit 20 Mac 2023 8:11 AM MYT

Tahun lalu, Pendakwah bebas dan selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz melancarkan Zikir, Selawat dan Pesanan Untuk Bilal yang didedikasikan buat anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Terbaharu, PU Riz atau mesra disapa Haris, 28, muncul dengan single berjudul Jodoh Ajal Rezeki yang berkolaborasi bersama komposer dan penyanyi terkenal, Faizal Tahir.

FAIZAL Tahir berlakon bersama PU Riz sebagai bapa dan anak.

Menariknya, lagu hasil ciptaan Firdaus Rahmat dan Fahimi Rahmat, lirik oleh mereka berdua serta Haris dan Faizal itu turut menampilkan Neelofa.

Menurut Haris, pembabitan isterinya itu adalah yang pertama dalam sebuah lagu dan video muzik (MV) selain menyifatkan ia sebuah karya yang cukup istimewa.

“Lagu ini sudah siap sepenuhnya tahun lalu. Cuma, baru bulan lepas kami siapkan MV. Lagu ini cukup bermakna bukan saja melodi tapi liriknya juga. Jika dihayati, penuh keinsafan dan boleh menitiskan air mata. Ini kerana, ia cukup dekat dengan kehidupan seharian kita.

“Pendek kata, apa yang ingin disampaikan dalam lagu ini adalah sejauh mana kita merancang, sehebat mana kita merancang Allah jua sebaik-baik perancang. Dalam apa jua keadaan berlapang dada dan berdamailah dengan takdir Allah dan reda.

“Kemunculan Neelofa pula bagi melengkapkan lagi kisah lagu ini yang mana dia bukan saja berlakon dalam MV tapi juga menyumbangkan suaranya dengan membacakan maksud sepotong ayat al-Quran,” katanya.

NEELOFA turut muncul dalam video muzik lagu Jodoh Ajal Rezeki.

Selain Neelofa, MV itu turut menampilan Faizal berlakon bersama Haris sebagai bapa dan anak. Dipaparkan bagaimana hubungan kedua mereka renggang dan bergaduh hingga akhirnya berbaik semula.

“Lagu ini untuk kita semua. Mungkin ada antara kita yang pernah melalui pengalaman ini. Jadi, saya berharap lagu ini dapat diterima baik.

“Paling penting, saya mahu peminat dan pendengar memahami maksud yang ingin disampaikan. Ini juga satu lagi bentuk dakwah daripada kami,” katanya.

Lagu terbitan Faithful Music itu sudah dilancarkan secara rasmi sejak semalam sementara MV pula boleh ditonton di saluran YouTube Faithful Music. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas