Selebriti

PU Riz dan LUMOS sumbang LCD bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan

000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling
- Diterbit 28 Oktober 2021 1:25 PM MYT

TIDAK pernah puas melakukan kerja amal. Begitulah pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz yang sentiasa memikirkan yang terbaik untuk masyarakat.

Terbaharu,menyumbang lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling, di sini, hari ini.

PU Riz, 26, berkata, sumbangan projektor dari LUMOS Malaysia itu adalah untuk kegunaan pelajar tingkatan lima sekolah berkenaan.

“Alhamdulillah, usaha ini dapat juga direalisasikan. Kalau ikutkan sudah lama nak berikan projektor ini, tapi memandangkan sekolah belum dibuka, jadi ia tergendala. Sekarang, pelajar sudah kembali ke sekolah, jadi saya berasakan ini waktu sesuai.

“Dengan adanya projektor ini, sedikit sebanyak dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah ini terutama pada adik-adik yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya.

PU Riz menyumbangkan lima projektor LCD yang dianggarkan bernilai RM15,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Petaling, Sri Petaling, di sini, hari ini.

PU Riz yang juga guru sementara di sekolah itu mengakui gembira dan bersyukur dapat melunaskan tanggungjawab itu.

“Selain mengajar di sekolah ini, menjadi satu tanggungjawab juga buat saya untuk membantu sekolah dalam meningkatkan lagi prestasi pelajar menerusi fasiliti yang ada.

“Jadi, apabila saya mewujudkan perkara ini, saya berasa lega. Sekurang-kurangnya ada juga peninggalan berharga buat saya pada sekolah ini.

“Dalam masa sama, saya turut menghargai bantuan diberikan pihak LUMOS Malaysia kerana bersama-sama dalam merealisasikan perkara ini. Semoga sumbangan kecil ini akan memberi manfaat kepada semua,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas