Berita

PSH: 300 pekerja diambil bagi tiga acara di Kuala Lumpur

ANTARA calon yang hadir pada sesi temuduga terbuka yang dijalankan
- Diterbit 30 Januari 2020 6:39 AM MYT

KUALA LUMPUR – Seramai 300 Pekerja Sambilan Harian (PSH) diterima bekerja selepas temuduga terbuka yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 21 hingga 22 Januari lalu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, kesemua yang terpilih menepati perjawatan yang ditawarkan iaitu kategori buruh, teknikal dan profesional.

“Kita dapat 300 orang. Bajet yang digunakan untuk jumlah tersebut adalah RM9.3 juta berbanding RM10 juta yang ditetapkan,” katanya kepada Wilayahku.

Mengulas lanjut, Nor Hisham memberitahu, jumlah pekerja PSH akan dipertingkatkan sejajar dengan kos yang ditetapkan.

“Target kita adalah RM10 juta. Kita akan ambil lagi untuk (penuhi) baki itu,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya juga sedang meneliti keperluan di bahagian lain bagi memenuhi perjawatan serta bajet tersebut.

Dalam perkembangan lain, beliau turut memaklumkan, proses cabutan undi bagi kontraktor kelas G1 akan dilakukan pada 15 Februari nanti di Institut Latihan DBKL (IDB), Cheras.

Ujarnya, cabutan undi dilakukan susulan pendaftaran yang banyak iaitu 3,000 hingga 4,000 dalam tempoh satu minggu.

Tambahnya, cabutan undi akan dilakukan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd. Samad yang mana hanya 250 kontrak sahaja akan ditawarkan dengan nilai bajet RM50 juta.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas