Berita

Program vaksinasi jumpa terus Labuan dilanjutkan kepada warga asing

SAMBUTAN daripada warga asing amat menggalakkan, dengan ratusan muncul di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan (LMC). Kredit foto oleh: Borneo Today SAMBUTAN daripada warga asing amat menggalakkan, dengan ratusan muncul di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan (LMC). Kredit foto oleh: Borneo Today
- Diterbit 28 Jun 2021 9:50 AM MYT

PROGRAM vaksinasi COVID-19 Labuan telah diperluaskan ke penempatan sementara warga asing di Kg Muslim dan Kiamsam melalui kaedah vaksinasi secara jumpa terus (walk-in).

Ketua program kaedah vaksinasi COVID-19 secara jumpa terus Labuan, Mohd Dzulfaizal Ab Manan berkata kempen vaksinasi bermula pada Sabtu di dua penempatan itu.

“Pasukan kami mengadakan perbincangan dengan dua ketua penempatan (yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara Labuan) untuk kupon jadual vaksinasi diagihkan kepada golongan yang layak di kawasan masing-masing.

“Seperti yang diamanahkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan untuk memastikan rakyat tempatan diberi vaksin melalui kaedah walk-in, kami kini melanjutkan kaedah vaksinasi yang sama kepada penduduk bukan tempatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata sambutan daripada warga asing amat menggalakkan, dengan ratusan muncul di pusat pemberian vaksin (PPV) di Dewan Mutiara, Kolej Matrikulasi Labuan (LMC). – BERNAMA 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas