Program Pakar Berjaya, KWP suburkan semangat merdeka
DR SANTHARA turut serta mengibar Jalur Gemilang ketika menyertai Program Semarak Merdeka 2020, di Kuala Lumpur.

Program Pakar Berjaya, KWP suburkan semangat merdeka

LEBIH daripada 1000 Jalur Gemilang dan kameja T berlogo diedarkan kepada pemandu kenderaan dan pejalan kaki yang melalui kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR), Kuala Lumpur dalam program Semarak Merdeka 2020 bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang Ke-63, bertemakan Malaysia Prihatin.

Program anjuran bersama oleh Pertubuhan Jaringan Pakar Berjaya (Pakar Berjaya) dan Kementerian Wilayah Persekutuan itu turut dihadiri dan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara.

Hadir sama Penaungnya, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid dan Ahli Jawatankuasa Tertinggi.

Menurut Presiden Pertubuhan Pakar Berjaya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, program tersebut diadakan untuk menyalakan semangat patriotik di kalangan orang ramai walaupun sedang berhadapan dengan pandemik COVID-19.

“Dalam situasi apa pun, kita tetap meraikan sambutan kemerdekaan negara dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Program begini adalah inisiatif kepada masyarakat menyuburkan semangat merdeka terutamanya dalam kalangan golongan belia supaya mereka berpeluang mendalami erti sebenar kemerdekaan dan semangat cinta kepada negara.

“Pertubuhan Pakar Berjaya menjadikan program sebegini sebagai acara tahunan untuk menghargai pengorbanan wira-wira negara kita terdahulu dan petugas barisan hadapan masa kini yang berjuang bagi memastikan negara sejahtera dan aman damai,” katanya lagi.

CATEGORIES