Presiden Singapura Halimah Yacob akan hadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II

Presiden Singapura Halimah Yacob akan hadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II

PRESIDEN Singapura Halimah Yacob akan mewakili republik itu untuk menghadiri istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II pada 19 Sept 2022 di London, menurut kenyataan Kementerian Luar (MFA) pada Khamis.

Beliau akan ditemani suaminya Mohamed Abdullah Alhabshee, pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA.

Sepanjang ketiadaan beliau, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Eddie Teo, akan menjalankan fungsi Pejabat Presiden, menurut kenyataan itu.

Ratu Elizabeth II, mangkat pada 8 Sept dan baginda ialah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Louis XIV dari Perancis. – BERNAMA

Share This