Utama

Premis kotor, guna air dari tandas – DBKL

PREMIS dipercayai menggunakan sumber air dari tandas untuk membuat roti. PREMIS dipercayai menggunakan sumber air dari tandas untuk membuat roti.
- Diterbit 24 September 2020 6:07 AM MYT

BUKAN hanya meletakkan bahan mentah di atas lantai, malah kilang roti di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur dipercayai menggunakan sumber air dari tandas yang kotor.

Keadaan tersebut terbongkar selepas pemeriksaan dilakukan penguatkuasan dan Unit Kualiti Makanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi tadi.

Menurut Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, susulan tahap kebersihan yang tidak memuaskan itu, pihaknya mengarahkan supaya premis berkenaan ditutup di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa esok.

Ini kerana, ujar beliau, peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan yang digunakan pengendali makanan di premis tersebut juga berada dalam keadaan kotor dan usang.

“Semasa pemeriksaan itu, kita juga mendapati lantai basah, kotor dengan sisa makanan manakala dinding tempat penyediaan makanan kotor berdaki hitam.

“Bagaimanapun, 10 orang pengendali makanan yang mana enam daripadanya adalah warga asing mempunyai suntikan tifoid,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nor Hisham juga memaklumkan, terdapat kesan hurungan najis tikus di kawasan stor peralatan dan bahan mentah premis tersebut. – WILAYAHKU

 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas