Berita

Premis judi online diserbu selepas seminggu beroperasi

PREMIS yang dijadikan lokasi judi online diserbu pihak polis pada 5 Oktober lalu
- Diterbit 10 Oktober 2021 1:00 AM MYT

KETUA Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, tangkapan baharu yang dilakukan pegawai dan anggotanya adalah pada 5
Oktober lalu.

Ujarnya, premis berkenaan dipercayai mula beroperasi lebih kurang satu minggu.

“Serbuan dan tangkapan ini dijalankan Ketua Polis Balai Sungai Besi, Inspektor Muhammad Sallehuddin Drahaman bersama anggotanya pada pukul 11 malam.

“Dalam serbuan di No 28-1 Jalan 20 C/ 146 Desa Tasik, Sungai Besi Cheras Kuala Lumpur itu, pihaknya telah menahan seorang penjaga premis dan merampas lima tablet tanpa jenama serta tetikus yang disyaki digunakan untuk kegiatan perjudian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Ujarnya, turut dirampas, satu modem jenama Huawei dan wang tunai RM120.

Mengulas lanjut, Muhammad Idzam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 4B (a) Akta  Rumah Judi Terbuka 1953.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan judi atas talian diminta menyalurkan maklumat dengan cara menghubungi Ketua Polis Balai Polis Sungai Besi, Inspektor Muhammad Sallehuddin Drahaman di talian 03-9058 2222,” tambahnya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas