Berita

PPZ-MAIWP lancar Year End Zakat (YEZ)

AHMAD Shukri (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Kempen Year End Zakat di pejabat PPZ-MAIWP baru-baru ini. - Gambar hiasan
- Diterbit 28 November 2019 10:25 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

KUALA LUMPUR – Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan program Year End Zakat (YEZ) 2019 bagi menyeru orang ramai untuk segera menunaikan zakat sebelum 31 Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Ahmad Shukri Yusoff berkata, kempen ini bertujuan mengingatkan orang ramai untuk mengemaskini bayaran zakat sekiranya terdapat perubahan kepada pendapatan.

“Sekiranya terdapat penambahan pendapatan seperti bonus, pertambahan gaji, komisen dan pendapatan lain, maka pengiraan boleh dibuat di setiap kaunter zakat yang disediakan.

“Kempen ini jyga merupakan usaha untuk mengingatkan masyarakat supaya tidak terlepas pandang untuk melunaskan zakat,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Year End Zakat (YEZ) 2019 di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, selebriti Nabil Ahmad dan Lukman Hakim.

Kata Ahmad Shukri lagi, pihaknya menyediakan kira-kira 900 hadiah kepada pembayar bertuah.

“Antara hadiah yang menjadi tarikan pembayar adalah pakej umrah, pakej pelancongan.

“Selain itu, pihak kami turut menyediakan dua unit komputer riba, empat unit telefon pintar” katanya.

Tambah Ahmad Shukri lagi, pihaknya juga kan menyampaikan anugerah khas kepada pembayar zakat yang setia membayar zakat dengan PPZ-MAIWP. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas