Berita

PPj terima kunjungan UMP

YUSERRIE (tengah) menerima cenderahati dari Pengarah Bahagian Alam Sekitar, Tasik dan Wetland, Jabatan Perancangan Bandar PPj, Ruhselah Ismail.
- Diterbit 5 November 2022 9:00 AM MYT

KUNJUNG HORMAT. Perbadanan Putrajaya (PPj) menerima kunjungan hormat dari Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI), Universiti Malaysia Pahang (UMP), barubaru ini.

Delegasi kunjungan diketuai oleh Naib Canselor UMP, Prof Datuk Ts Dr Yuserrie Zainuddin bertujuan mendapatkan taklimat berkaitan pengurusan dan penyelenggaraan Taman Wetland dan Tasik Putrajaya.

Pertemuan yang berlangsung lebih kurang tiga jam itu turut membawa delegasi ke Empangan Putrajaya bagi melihat sendiri tahap kualiti dan kebersihan di Tasik Putrajaya yang merupakan tasik buatan manusia berkeluasan 650 hektar.

Selain itu, mereka juga berpeluang mengunjungi Kebun Kelulut Presint 15 serta menikmati rasa madu kelulut yang diusahakan komuniti setempat.

Terdahulu, barisan delegasi turut disertai Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), UMP, Prof Ts Dr Kamal Zuhairi Zamli dan diiringi pegawai-pegawai kanan. -WILAYAHKU 

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas