Berita

PPj terima kunjungan hormat Datuk Bandar Davao City, Filipina

FADLUN (kanan) berkongsi mengenai pembangunan Putrajaya ketika kunjungan Sebastian “Baste” Duterte (dua kiri) di Kompleks PPj, baru-baru ini.
- Diterbit 19 Mei 2023 10:01 AM MYT

KUNJUNG HORMAT. Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Datuk TPr Fadlun Mak Ujud menerima kunjungan hormat daripada Datuk Bandar Bandar Davao, Sebastian “Baste” Zimmerman Duterte baru-baru ini.

Antara intipati lawatan tersebut adalah bagi berkongsi mengenai pembangunan Putrajaya serta pengaplikasian ‘Internet of Things’ (IoT) bagi meningkatkan pengurusan dan pengoperasian bandar dalam memperkasa kualiti kehidupan warganya.

Beliau bersama delegasi telah dibawa melawat ke Putrajaya Command Centre untuk melihat bagaimana Putrajaya ditadbir dan diurus menggunakan teknologi pintar. Antara perkara yang turut dibincangkan adalah potensi perhubungan dua hala antara Putrajaya dan bandar Davao.

Pada sebelah petang, delegasi dibawa menikmati pemandangan Putrajaya dengan menaiki Cruise Tasik Putrajaya dan lawatan diakhiri dengan bersiar-siar di sekitar bandar menaiki bas elektrik diikuti sesi bergambar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Hadir sama Konsulat Jeneral Malaysia di Davao City, Ahmadulkuddus Husain. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas