Berita

PPj tawar 12 lot untuk disewa

- Diterbit 2 Julai 2020 12:37 AM MYT

SEJUMLAH 12 lot untuk disewa di tujuh premis milik Perbadanan Putrajaya (PPj) dibuka untuk pemohon warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Selain enam tapak Food Truck Putrajaya, tawaran sewa juga melibatkan enam premis di beberapa lokasi iaitu Kiosk Persiaran Perdana (1 lot); gerai Pasar Awam Presint 8 (2 lot); gerai Medan Selera setiap satu kekosongan di Presint 8 dan Presint 9 serta satu lot kedai Pasar Awam, Presint 16.

Setiap pemohon layak mestilah berusia 18 tahun ke atas dan telah mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Tawaran sewa dibuka mulai 1 hingga 14 Julai itu boleh dimohon dengan memuat turun borang permohonan melalui laman http://shorturl.at/oBCL4 atau layari portal rasmi PPj (www.ppj.gov.my).

Setiap borang permohonan telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Blok B, Aras 5, Kompleks Perbadanan Putrajaya selewat-“lewaznya pada 14 Julai 2020 jam 4.30 petang.

Borang permohonan yang lengkap diisi sahaja akan diterima dan diproses. Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi talian 03-88877231 /7406 /7448 / 7219. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas