Berita

PPj kekal nombor satu Bandar Mampan, Juara AKH

AZMI (dua kanan) menerima sijil penghargaan daripada Ketua Pengarah PLNMalaysia, TPr Dr. Shamsaini Shamsuddin.
- Diterbit 12 Mac 2021 3:52 AM MYT

PERBADANAN Putrajaya (PPj) berjaya mengekalkan status Bandar Mampan Malaysia selama sembilan tahun berturut-turut.

Menerusi skor sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (Murninets) yang dianjurkan Pusat Murninet Kebangsaan, PPj kini berada di kedudukan tiga teratas bersama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Menurut Presiden PPj, Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain, PPj akan terus berusaha mengekalkan prestasi cemerlang dalam perkhidmatan dan pembangunan perbandaran.

“Alhamdulillah di atas pencapaian dan saya akan pastikan projek-projek terbaik di Putrajaya dilaksanakan agar memberi pulangan ekonomi yang baik,

“Selain itu, pencapaian dalam aspek rekreasi dan kejiranan hijau yang mesra pengguna basikal dan pejalan kaki sekali gus menyumbang ke arah merealisasikan visi Putrajaya Mampan 2025,”ujar beliau.

Sebanyak 126 bandar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) telah dinilai status kemampanan secara tahunan berdasarkan 39 indikator Bandar Mampan Malaysia oleh PLANMalaysia.

Dalam pada itu, PPj juga turut muncul juara dalam Anugerah Kejiranan Hijau (AKH) sebagai pengiktirafan di peringkat nasional kepada PBT. – AINI – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas