Berita

Positif COVID-19, “Maafkan saya kerana menyusahkan” – Syafiq Farhain

- Diterbit 11 Februari 2021 9:31 AM MYT

PENYANYI Syafiq Farhain mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas menjalani swab test atau ujian calitan pada Rabu selepas mengalami rasa tidak sihat.

Menerusi instagram story hari ini,  Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain AM Salim,26, berharap mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya melakukan ujian calitan secepat mungkin.

“Semalam pergi swab test (ujian calitan) sebab rasa tak sedap badan dan keputusannya positif.

“Kalau ada sesiapa rasa ada kontak rapat dengan saya lebih baik pergi buat ujian.

“Maafkan saya kerana menyusahkan,” katanya menerusi Instastory pada Khamis.

Syafiq turut memuat naik paparan skrin laporan ujian calitan yang dilakukan menunjukkan dia positif virus tersebut.

Sebelum ini, antara selebriti yang pernah dijangkiti Covid-19 ialah Aeril Zafrel, Emma Maembong, Alif Satar,  Shima Anuar, vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza dan ramai lagi.

Semoga Syafiq Farhain diberikan kesembuhan dan segalanya dipermudahkan. Amin.. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas