Berita

PM dijangka umum rentas negeri… artis popular harap masyarakat terus patuhi SOP

Datuk Seri Ismail Sabri dijangka membuat pengumuman berkaitan rentas negeri petang ini.|"JANGAN terlalu gembira sampai lupa SOP." - Wany Hasrita|NAIM Daniel harap masyarakat menggunakan peluang merentas negeri untuk tingkatkan semula ekonomi.|KHAI Bahar harap rakyat tetap mematuhi SOP walaupun dibenarkan merentas negeri nanti.
- Diterbit 10 Oktober 2021 5:28 AM MYT

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bakal mengadakan sidang media khas jam 3 petang, hari ini, dinantikan seluruh rakyat Malaysia.

Ramai menjangkakan pengumuman itu membabitkan kebenaran aktiviti rentas negeri jika tahap vaksinansi lengkap seluruh negara mencapai 90 peratus seperti dalam kenyataan sebelum ini.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dijangka membuat pengumuman berkaitan rentas negeri petang ini.

Tidak terkecuali, beberapa selebriti negara yang turut menjangkakan perkara sama, namun berharap orang ramai akan terus patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Bagi penyanyi Wany Hasrita, dia mahu semua orang gunakan peluang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Andai dibolehkan rentas negeri, ayuh sama-sama gunakan peluang ini sebaik yang mungkin. Jangan terlalu gembira sampai lupa SOP.

“Nasihat saya, ambil langkah penjagaan sendiri sebelum pulang ke kampung dengan buat ‘self test kit’ dulu di rumah. Perlu diakui kita harus hidup bersama virus ini, jadi sentiasa peka jaga diri dan jaga SOP,” katanya.

“JANGAN terlalu gembira sampai lupa SOP.” – Wany Hasrita

Sementara itu, penyanyi Naim Daniel melahirkan rasa gembira jika pengumuman itu adalah kebenaran rentas negeri.

“Sejujurnya, saya gembira dan dalam masa sama tetap risau. Saya percaya di sosial media sudah lama orang tunggu dan betanya bila boleh rentas negeri. Kalau betul sidang media khas ini adalah pengumuman rentas negeri, saya harap semua orang jangan kelam kabut.

“Saya tahu apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kena duduk rumah, perkara ini membuatkan ramai berada dalam tekanan selain tidak boleh berjumpa ibu bapa dan keluarga di kampung.

“Apa pun sekarang ini terpulang pada kita. Kena pastikan jangan sia-siakan peluang ini. Kalau ada yang nak masih cuba langgar SOP kena fikir.

“Kita kena cuba tingkatkan semula ekonomi balik selepas hampir semua sektor dibenarkan beroperasi. Jadi, jangan ambil kesempatan pada peluang ini,” katanya.

NAIM Daniel harap masyarakat menggunakan peluang merentas negeri untuk tingkatkan semula ekonomi.

Senada dengan Wany dan Naim, penyanyi Khai Bahar juga berharap orang ramai akan terus patuh pada SOP.

“Kalau memang boleh rentas negeri alhamduillah. Sebab semua tunggu saat ini. Cuma, kalau
boleh jaga SOP. Malah, untuk keselamatan semua terutama ibu bapa dan keluarga yang kita nak jumpa, buat ‘self test kit’.

KHAI Bahar harap rakyat tetap mematuhi SOP walaupun dibenarkan merentas negeri nanti.

“Sebab kita tidak tahu keadaan kesihatan macam mana. Jadi, apabila sudah dibenarkan nanti kena jaga betul-betul. Jangan sudah boleh rentas negeri semua lupa,” katanya. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas