Berita

PL wujudkan QR kod pelancongan 2021

FARY AKMAL ketika Majlis Taklimat Pembangunan dan Potensi Ekonomi bagi Labuan Mendepani Cabaran 2021 di Bangunan Halal Hub, semalam. 
- Diterbit 20 Disember 2020 6:45 AM MYT

PERBADANAN Labuan (PL) bakal melancarkan pengimbas kod QR maklumat sektor pelancongan di pulau itu bagi memudahkan pelancong luar mendapatkan informasi pelancongan yang ada di Labuan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Fary Akmal Osman berkata, satu gerak kerja bersepadu bakal dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (MOTAC) Labuan dan Tourism Malaysia (TM) Labuan serta beberapa agensi lain.

“Kita akan melancarkan kod QR untuk semua maklumat pelancongan bagi memudahkan pengunjung yang datang menerima maklumat dengan hanya sekali imbas sahaja.

“Ia merupakan iniasitif yang baharu dan bakal diperkenalkan untuk meningkatkan sektor pelancongan di Labuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Taklimat Pembangunan dan Potensi Ekonomi bagi Labuan Mendepani Cabaran 2021 di Bangunan Halal Hub, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya berusaha meningkatkan kualiti infrastrutur taraf rangkaian talian internet di pulau kerana ia memainkan peranan penting dalam meningkatkan sektor pelancongan di Labuan.

“Pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) juga memaklumkan pihak mereka akan meningkatkan kualiti infrastrutur internet dan wifi di seluruh pulau ini. Kita harap ia dapat disegerakan pada tahun hadapan,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas