Berita

PL sentiasa pantau pematuhan SOP di bazar Ramadan

- Diterbit 18 April 2021 4:47 AM MYT

PERBADANAN Labuan (PL) sentiasa memantau terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan bagi memastikan tidak berlakunya pelanggaran serta pengeluaran kompaun terhadap peniaga dan pengunjung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Fary Akmal Osman berkata, pihaknya sentiasa memantau pematuhan SOP di bazar Ramadan dibawah selian PL bagi memastikan pematuhan SOP sentiasa dipatuhi.

Katanya, setakat ini pihaknya belum mengeluarkan sebarang kompaun terhadap peniaga dan pengunjung.

” Kita belum lagi mengenakan sebarang kompaun dan tiada pelanggaran yang kita dapati.

” Namun kita telah mengembleng tenaga dengan pelbagai pihak untuk memastikan pelangan-pelangan yang mengunjungi di lima bazar Ramadan untuk patuhi dengan SOP ,” katanya kepada pemberita ketika menyampaikan juadah berbuka puasa kepada 272 pegawai dan kakitangan PL serta anggota rela di perkarangan Medan Selera, di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut meminta anggota penguatkuasanya memantau terhadap pematuhan SOP di lokasi bazar yang lain.

Justeru itu, beliau turut mengesa agar orang awam sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar aktiviti bazar Ramadan berjalan lancar.

Terdahulu, pada Rabu lalu Kementerian Kesihatan (KKM) telah menurunkan kuasa kepada Datuk Bandar, Yang Dipertua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pegawai penguatkuasa PBT Gred 19 ke atas, untuk mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta 342 termasuk sebarang ketidakpatuhan SOP bazar Ramadan. – KHAIRUL IDIN – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas