Berita

PKPD pasar borong, pusat bandar utara Kuala Lumpur tamat

PENDUDUK di kawasan Bandar Utara Kuala Lumpur boleh menarik nafas lega apabila PKPD telah tamat hari ini.
- Diterbit 12 Mei 2020 9:47 AM MYT

PUTRAJAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Pusat Bandar Utara Kuala Lumpur ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan itu susulan Kementerian Kesihatan (KKM) telah selesai menjalankan saringan swab Covid-19 ke atas semua penduduk di kawasan terbabit.

Sebelum ini, PKPD bagi parcel C, D, E, F di Pusat Bandar Utara Kuala dilanjutkan sehingga hari ini selepas sepatutnya tamat pada 4 Mei lalu.

“Bagaimanapun, PKPD di Selayang Baru, Gombak dilanjutkan bagi memudahkan KKM membuat saringan sehingga dua atau tiga hari lagi sebelum diumumkan penamatannya,” katanya dalam sidang akhbar harian di sini hari ini. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas