Berita

PKP dilanjutkan hingga 28 April

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
- Diterbit 10 April 2020 8:32 AM MYT

PUTRAJAYA – Kerajaan memutuskan untuk melanjutkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk tempoh dua minggu lagi, iaitu dari 15 hingga 28 April ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan pakar-pakar perubatan.

“Pelanjutan tempoh ini dibuat untuk memberi ruang kepada petugas-petugas kesihatan memerangi penularan Covid-19, selain mengelakkan penularan semula wabak tersebut dalam masyarakat.

“Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyarankan negara-negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal,” katanya dalam Perutusan Khas sebentar tadi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas