Berita

Peserta Borneo Safari jadi duta promosi Labuan

ROZMAN melepaskan konvoi Kelab 4x4 Labuan yang menyertai Borneo Safari Antarabangsa 2019 di Dataran Labuan baru-baru ini.
- Diterbit 1 November 2019 7:32 AM MYT

Oleh AZLAN ZAMBRY
[email protected]

LABUAN – Sebanyak sembilan bua kenderaan pacuan empat roda dari Kelab 4X4 Labuan beraksi meredah cabaran Borneo Safari Antarabangsa 2019 bermula 27 Oktober hingga 3 November ini.

Pelepasan perjalanan peserta jelajah lasak itu disempurnakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli di Dataran Labuan baru-baru ini.

Menurut Rozman, peserta jelajah tersebut mampu menjadi duta kecil kepada pulau ini sebagai usaha untuk mempromosikan Labuan dalam kalangan penggiat sukan lasak.

“Walaupun lokasi penganjuran jelajah ini terletak di Sabah, Labuan merupakan sebahagian daripada Kepulauan Borneo dan setiap warga Labuan perlu memainkan peranan dalam mempromosikan Labuan.

“Ini merupakan satu kesempatan yang terbaik untuk menarik lebih ramai pelancong ke Labuan dan seterusnya membangunkan potensi ekonomi di sini,” katanya.

Jelas Rozman, jumlah peserta yang menyertai jelajah kali ini berjumlah seramai 1,220 orang dari pelbagai negara yang akan melalui jalan lasak sejauh 480 kilometer dan akan mengambil masa kira-kira lapan hari.

Borneo Safari yang semakin mendapat nama di peringkat antarabangsa kini turut disertai peserta dari negara Rusia, Filipina dan Brunei dan Indonesia.

Ia melibatkan lalu dari Kota Kinabalu, Tambunan, Keningau, Tenom, Beauford dan Papar.

Tambah Rozman, jelajah itu menjanjikan laluan yang penuh berliku dan mencabar dan kepada pesertanya.

“Kira-kira 400 buah kenderaan pacuan empat roda dianggarkan menyertai acara ini dan potensi sukan ini sangat besar terhadap Labuan.

“Buktinya apabila Labuan menganjurkan program termasuk perlumbaan 4×4 yang dibuat setiap tahun, sambutan dari luar Labuan sangat menggalakkan,” katanya.

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas