Berita

PESAYA-14: Wilayah Persekutuan, Melaka bersaing sengit di suku akhir

|||
- Diterbit 17 Februari 2023 3:17 AM MYT

“TEWAS kepada Yayasan Melaka sebenarnya memberi semangat kepada pasukan Wilayah Persekutuan untuk buat yang terbaik pada PESAYA yang akan datang,” jelas pemain karom, Zaleha Dullah yang menyertai permainan itu pada Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA), di Yayasan Sarawak International School, semalam.

Selain Zaleha, pemain karom lain mewakili Yayasan Wilayah berjaya ke peringkat suku akhir ialah Siti Hasanah, Siti Hajar, Noraini, Ezzaty.

PERSAINGAN sengit antara Yayasan Wilayah Persekutuan dan Yayasan Melaka dalam karom di PESAYA -14.
ZALEHA fokus dan telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan karom kali ini.

Menurut Zaleha yang juga Senior Eksekutif Kanan Bahagian Komunikasi Korporat Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), banyak ilmu atau kemahiran yang dipelajarinya selepas menentang Yayasan Melaka.

“Tim kami akur apabila tewas dengan Yayasan Melaka semalam. Soal kecundang pada suku akhir itu nombor dua, apa yang Penting adalah pengalaman bermain dengan pemain-pemain senior yang telah lama berkecimpung dalam sukan karom di PESAYA.

“Ada antara mereka sudah 14 kali menyertai PESAYA sejak diwujudkan. Jadi, kami boleh lihat serta belajar cara dan kemahiran mereka bermain.

“Mereka bijak dalam mengatur srategi dan pandai ‘membaca’ skill pihak lawan sekaligus membawa kemenangan kepada mereka.

“Orang nampak karom senang, tapi ia memerlukan skill yang bagus. Kena bijak. Itulah yang kami belajar daripada Yayasan Melaka,” ujarnya kepada Wilayahku.

Zaleha juga berharap tim Wilayah Persekutuan juga akan terus melipatgandakan usaha untuk PESAYA yang akan datang. Baginya, latihan berterusan amat penting kerana permainan karom memerlukan kemahiran yang bagus.

“Antara yang perlu ditambah baik adalah memperbanyakkan latihan dan bukan hanya fokus ketika menjelang perlawananm

“Latihan berterusan secara tak langsung menguatkan kemahiran yang ada. Kata orang practice make perfect.

“Saya faham, kadang-kadang atlet pun ada kerja hakiki yang perlu diselesaikan, namun latihan berterusan perlu sebagai persediaan untuk PESAYA yang akan datang.

“Itu sahaja cara (latihan) yang ada selain mendapatkan bimbingan jurulatih yang mahir. Tiada pilihan lain.

“Apa pun sukan atau permainan memang memerlukan jurulatih. Kita tak boleh main syok sendiri. Takkan ke mana tim kita,” tambahnya lagi. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas