Berita

PESAYA-14: Atlet Wilayah Persekutuan raih perak, gangsa acara boling wanita

||||KETUA Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan
- Diterbit 18 Februari 2023 2:58 PM MYT

PEMAIN boling wanita Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), Zity Nabilah Mohd Nadzri, meraih pingat perak kategori perseorangan dalam acara boling wanita pada Pesta Sukan Antara Yayasan Negeri Se-Malaysia (PESAYA) ke-14, di Kuching, Sarawak, hari ini.

Dalam kategori single, Zity yang membuat 667 jatuhan pin hanya tewas 13 mata kepada atlet Sarawak yang meraih pingat emas manakala gangsa diraih atlet Sabah.

ZITY Nabilah raih perak dan gangsa dalam acara boling wanita.
PASUKAN boling wanita Yayasan Wilayah Persekutuan.

Zity yang juga mengambil bahagian dalam kategori master berjaya meraih pingat gangsa dengan jatuhan pin sebanyak 680 dan tewas kepada Sarawak dan Sabah.

Dalam pada itu, bagi acara berkumpulan pula, Zity bersama atlet-atlet boling lain berjaya meraih tempat kelima.

“Alhamdulillah, saya bersyukur akhirnya berjaya mendapatkan pingat pertama untuk YWP.

“Walaupun saya sebenarnya kurang sihat kerana kecederaan semasa perlawanan futsal baru-baru ini, saya tetap bersemangat untuk melakukan yang terbaik demi kontinjen.

“Kalai ikutkan saya memang target emas dalam mana-mana kategori, namun rezeki saya meraih pingat perak,” katanya.

AKSI-aksi Zity Nabilah semasa perlawanan boling yang berlangsung hari ini di Megalanes Sarawak ,Batu Kawa.

Zity juga berterima kasih kepada kontinjen YWP yang sentiasa menyokong dan berazam mahu mendapatkan pingat emas pada PESAYA yang akan datang.

“Tanpa sokongan YWP, tak mungkin saya berjaya meraih pingat. Ini semua adalah kejayaan pasukan, bukan kejayaan saya seorang.

“Hanya pingat perak dan gangsa yang mampu saya berikan. Insya Allah, saya akan teruskan latihan dan meraih pingat emas untuk PESAYA ke-15,” jelasnya lagi.

KETUA Pegawai Eksekutif Yayasan Wilayah Persekutuan, Datuk Zaizalnizam Zainun (kiri)  turun padang menyokong pasukan boling YWP.

Dalam acara boling berkumpulan wanita PESAYA ke-14, pingat emas dimenangi pasukan Sarawak, Sabah meraih pingat perak dan gangsa pula dimenangi Pahang.

Terdahulu, perlawanan boling yang melibatkan 13 kontinjen dari yayasan-yayasan seluruh Malaysia itu berlangsung di Megalanes Sarawak, E-Mart Batu Kawa. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas