Pesawat khas bawa penumpang dari Wuhan selamat tiba pagi tadi
PENUMPANG AirAsia yang tiba di khemah yang disediakan di KLIA.

Pesawat khas bawa penumpang dari Wuhan selamat tiba pagi tadi

PUTRAJAYA – Pesawat khas AirAsia yang membawa pulang rakyat Malaysia iaitu lapan petugas misi, enam pegawai Kedutaan Besar Malaysia dan 12 krew dari Wuhan, China selamat mendarat pada pukul 5.57 pagi tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi laman Twitter rasminya turut menggucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi berkenaan.

“Alhamdulillah, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat,” katanya. – WILAYAHKU

SEBAHAGIAN petugas yang akan menyelia dan memantau keadaan penumpang yang tiba dari Wuhan, China.

CATEGORIES
TAGS