Berita

PESAKA martabat seni silat

SENI silat hari ini berjaya menarik golongan muda.
- Diterbit 17 Disember 2021 6:12 AM MYT

PENCAK SILAT. PESAKA terbahagi kepada tiga iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

PESAKA Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 31 Oktober 2000 mempunyai 21 badan gabungan persatuan, pertubuhan dan empat kelab silat dan mempunyai keahlian pesilat seramai 12,000 ribu ahli.

Manakala, PESAKA Putrajaya yang ditubuhkan pada 2015 pula mempunyai lima badan gabungan persatuan dan pertubuhan yang memiliki keahlian seramai 2,000 orang.

Sementara, PESAKA Labuan pula yang ditubuhkan pada 2006 pula mempunyai dua badan gabungan persatuan dan pertubuhan yang mana sehingga hari ini mempunyai 1,500 keahlian.

Ia terbuka kepada persatuan-persatuan yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan yang menjalankan kegiatan silat di kawasan Wilayah Persekutuan. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas