Berita

Perodua Myvi terperosok dalam tanah mendap akibat paip pecah di Jalan Maharajalela

GAMBAR dihantar pembaca Wilayahku menyaksikan Perodua Myvi terperosok dalam lubang akibat tanah mendap di Jalan
- Diterbit 25 November 2019 7:43 AM MYT

KUALA LUMPUR – Seorang pemandu Perodua Myvi mengalami saat mendebarkan apabila kenderaannya tiba-tiba terjerumus ke dalam lubang yang besar ketika melalui Jalan Maharajalela di sini malam tadi (24 November).

Difahamkan ketika kejadian pada pukul 11.30 malam itu, aliran trafik dalam keadaan perlahan sebelum kenderaan mangsa terperosok ke dalam lubang sebesar kira-kira dua meter yang tiba-tiba terbentuk akibat tanan mendap.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khairul Azmir Ahmad berkata, kejadian berpunca daripada paip air bawah tanah milik Syabas yang telah pecah sehingga menyebabkan berlakunya mendapan tanah.

“Tindakan mengeluarkan kereta yang terjunam ke dalam mendapan tersebut telah dilaksanakan DBKL dengan bantuan polis.

“Kerja-kerja baik pulih paip yang bocor dan penurapan semula permukaan jalan telah dilaksanakan kontraktor Syabas. Keadaan telah pulih sperti sedia kala pada tengahari tadi,” katanya dalam satu kenyataan. – WILAYAHKU

KERJA-KERJA menurap semula jalan yang terjejas akibat tanah mendap selesai dilakukan hari ini.
Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas