Berita

Perkhidmatan tiket ‘online’ bermula Febuari

ROZMAN ISLI
ROZMAN (tiga dari kiri) menerima replika kad e-Dompet daripada Ketua Pegawai Eksekutif Mobolityone, Datuk Hussain @ Rizal Abdul Rahman pada majlis Pelancaran Labaun Pay & E-Ticketing di Terminal Feri Labuan, di sini hari ini. ROZMAN (tiga dari kiri) menerima replika kad e-wallet daripada Ketua Pegawai Eksekutif Mobolityone, Datuk Hussain @ Rizal Abdul Rahman pada majlis Pelancaran Labaunpay & E-Ticketing di Terminal Feri Labuan, di sini, hari ini.
- Diterbit 15 Januari 2020 8:17 AM MYT

LABUAN – Bermula Februari ini, penumpang perkhidmatan bot dan feri dari Labuan ke Menumbok dan Kota Kinabalu boleh mendapatkan tiket secara atas talian bagi memudahkan perjalanan mereka.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, inisiatif itu merupakan satu pembaharuan yang baik kerana dapat mempermudahkan urusan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan itu.

“Dahulu, segala urusan memerlukan kita untuk berada secara fizikal di tempat berkenaan, namun, kini segalanya di hujung jari.

“Segala urusan boleh dibuat di mana-mana sahaja kita berada dan pada bila-bila masa. Dengan perkembangan terbaru ini, ia dapat meningkatkan kecekapan dan memudahkan urusan penumpang dalam merancang perjalanan,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Labuan Pay & E-Ticketing System Bot Laju & Feri Penumpang di Terminal Feri Labuan, hari ini.

Menurut Rozman, sistem e-Tiket tersebut akan mula dilaksanakan sepenuhnya pada awal Februari ini.

“Penggunaan e-Dompet dilihat lebih mudah, ringkas dan praktikal tanpa perlu membawa sebarang kad kredit, kad debit mahu pun wang tunai,” katanya.

Kata Rozman, inisiatif baharu yang diperkenalkan syarikat pengendali perkhidmatan bot, LDA Labuan Holdings Sdn.Bhd. dengan kerjasama Mobilityone itu juga berjaya mewujudkan kerjasama dalam memperkenalkan inisiatif baharu.

“Teknologi Bayaran Tanpa Tunai (e-Dompet) sudah mula diterima pakai dalam urusan perniagaan dan pembelian di kalangan masyarakat kita. Ia dilihat dapat merangsang kreativiti masyarakat kepada teknologi baru, produktiviti individu dan perniagaan selain melonjakkan daya saing dalam ekonomi digital global,” katanya.

Tambah Rozman, sekiranya dapat diperluaskan penggunaannya, ia bakal menjadikan Labuan sebagai pulau pertama yang menggunakan teknologi e-Dompet. -WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas