Berita

Perdana Menteri jalani kuarantin 14 hari di rumah

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN
- Diterbit 22 Mei 2020 1:40 PM MYT

PUTRAJAYA – Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini ekoran seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca Kabinet dipengerusikan beliau semalam telah disahkan positif Covid-19.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

“Perdana Menteri telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi tadi dan disahkan negatif.

“Bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.

“Sebagai makluman, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa,” kata kenyataan itu. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas