Perbadanan Putrajaya anjur  pertandingan fotografi pelancongan 2020

Perbadanan Putrajaya anjur pertandingan fotografi pelancongan 2020

WALAUPUN negara kini sedang berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Perbadanan Putrajaya (PPj) akan meneruskan penganjuran kejohanan Pertandingan Fotografi Pelancongan Putrajaya 2020 tahun ini.

Pertandingan yang memasuki edisi penganjuran ke empat pada tahun ini bermula pada 15 Ogos lalu sehingga 15 Oktober ini dianjurkan bagi mempromosikan.

Putrajaya dengan menggunakan medium fotografi dengan menawarkan lokasi pelancongan yang patut diteroka dan dilawati.

Secara tidak langsung para peserta akan dapat merakam keindahan, reka bentuk senibina yang unik dan keistimewaan tempat-tempat menarik serta kawasan tarikan utama di Putrajaya sekali gus ia akan dipromosikan melalui hasil seni fotografi para peserta yang bertanding.

Pertandingan pada kali ini akan menggunakan tema pencahayaan malam di Putrajaya bagi menampilkan ciri-ciri unik dan motif senibina bangunan serta jambatan Putrajaya.

Para peserta akan dipecahkan kepada dua kategori iaitu terbuka dan bawah 18 tahun serta berpeluang memenangi hadiah keseluruhan bernilai sebanyak RM 28,000 termasuk hadiah iringan.

Juara pertandingan bagi setiap kategori terbuka berpeluang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM4,000.

Bagi naib juara, hadiah wang tunai bernilai RM2,000, tempat ketiga pula RM1,000 dan lima pemenang saguhati menerima RM200 seorang.

Bagi kategori bawah 18 tahun juara akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500, naib juara RM300, tempat ketiga RM200 serta lima pemenang saguhati pula akan menerima RM100 seorang.

CATEGORIES