Berita

“Perasaan apabila difitnah amat pahit” – NAJIB TUN RAZAK

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan isi hatinya apabila difitnah
- Diterbit 9 Disember 2020 1:34 AM MYT

LUAHAN bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkenaan fitnah tular di media sosial.

Menerusi Facebook rasminya, Najib mengaku bukan mudah untuk menuntut keadilan setelah difitnah.

“Perasaan apabila difitnah amat pahit. Hati kita rasa susah dan sakit. 

“Memberi penjelasan ada yang tidak dengar.

“Menuntut keadilan juga bukan jalan mudah.

“Sememangnya ketika dihina, dikeji, diaibkan. Hanya doa, diam dan sabar menemani diri.

“Sudah tentu, dengan sokongan kawan-kawan seperti saudara-saudari juga,” tulisnya seolah-olah sedang kecewa dengan apa yang berlaku.

Semoga segalanya dipermudahkan. Amin.. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas