Berita

Penyumbang diseru berbakti di kawasan PKPD

ANNUAR
- Diterbit 20 April 2020 12:28 PM MYT

PUTRAJAYA – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri TPr. Annuar Musa menyeru orang ramai turut sama membantu menyediakan urusan logistik dan makanan kepada petugas barisan hadapan serta penduduk setempat di sekitar Pasar Borong Kuala Lumpur yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Saya terpaksa mengumpul dana bagi membolehkan sedikit sebanyak kemudahan terutama urusan makan dalam bulan puasa.

“Terima kasih JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan jawatankuasa masjid seluruh Wilayah Persekutuan kerana telah memilih masijid untuk memasak makanan.

“Daripada masjid-masjid itu mereka akan menghantar ke pusat pengumpulan. Akan cuba diadakan bahan makanan kering seperti beras, gandum, minyak dan kita akan agihkan kepada yang memerlukan di situ,” katanya semasa sidang LIVE Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Annuar meminta pemilik syarikat dan semua majikan kepada pekerja yang terlibat dalam kawasan PKPD supaya dapat mengambil berat keperluan logistik pekerja masing-masing. – WILAYAHKU

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas