Berita

Penyanyi Nash kemalangan, kereta terbabas

SEPASUKAN anggota APM Negeri Sembilan memberi pertolongan kepada Nash. Foto Ihsan Pembaca.
- Diterbit 20 April 2021 3:24 PM MYT

PENYANYI popular Datuk Nash dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 250.8 (arah Utara), Lebuh raya Utara-Selatan, di Seremban, kira-kira 4 petang tadi.

Menurut laporan Kosmo! mangsa atau nama sebenarnya Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kenderaan yang dinaiki mangsa jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas sendiri dan tidak membabitkan kenderaan lain.

KEADAAN kenderaan yang dinaiki Nash remuk selepas terbabit kemalangan . Foto – ihsan pembaca

Mohd. Said berkata, akibat kemalangan, mangsa mengalami kecederaan luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun pula mengalami kecederaan luka-luka ringan.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Sumber: Kosmo!

Ikuti channel Telegram Wilayahku untuk mendapatkan capaian berita dengan pantas